Thursday, February 16, 2012

Kacip Fatimah & Kebaikannya 8

Kacip Fatimah terkenal sebagai salah satu tumbuhan herba yang berkhasiat. Malah ia adalah salah satu cara pemuliharaan dalaman tubuh badan. Hasil kajian oleh saintis mendapati Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat kepada setiap wanita di dunia. 

Antara kebaikan Kacip Fatimah ialah:
  • Membantu mempertingkatkan sistem imuniti
  • Melewatkan proses penuaan
  • Melangsingkan tubuh badan 
  • Mengembalikan kecergasan & membekalkan tenaga 
  • Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
LAGI PETUA - Kacip Fatimah & Kebaikannya

Thursday, February 2, 2012

Cara mengatasi masalah ketiak hitam 3

Masalah ketiak hitam dan berbau sering menjadi masalah terutamanya kepada yang perempuan. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan kapur sireh dan limau nipis. Caranya ialah ambil kapur sireh dan limau nipis tadi dan campurkan kedua-duanya kemudian sapukan ke bahagian ketiak apabila anda selesai mandi. Amalkan petua ni selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan Insyaallah masalah ketiak hitam anda akan hilang.
LAGI PETUA - Cara mengatasi masalah ketiak hitam

Friday, January 20, 2012

Air Kelapa Pelembap Muka 2

1) Bersihkan muka dengan air suam kemudian keringkan.
2) Cuci muka dengan air kelapa dan biarkannya di muka selama 15-20 minit.
3) Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Amalkannya selalu atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu insyallah muka anda akan kelihatan lembap dan berseri. 
LAGI PETUA - Air Kelapa Pelembap Muka

Wednesday, January 4, 2012

Buah-buahan & Kecantikan 3

Buah-buahan segar bukan sahaja sedap untuk dimakan malah sangat baik untuk kecantikan kulit. Vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan mampu membantu anda menjaga kesihatan dan juga menyerikan wajah anda supaya nampak lebih segar dan bermaya.

Buah Lemon - Mengandungi Vitamin A, C, B1, B2 dan B3 dimana ia mampu mengurangkan lebihan minyak pada kulit. Anda boleh jadikan sebagai masker dan gunakan secara teratur.

Sengkuan - Amat baik untuk wajah yang kusam dan tak bermaya. Masker sengkuang boleh membantu mengembalikan kesegaran di wajah anda.

Lobak Merah - Sesuai dijadikan masker agar wajah nampak lebih awet muda terutama kepada mereka yang mempunyai kulit yang kering.
LAGI PETUA - Buah-buahan & Kecantikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...