Saturday, June 25, 2011

Tips sayangi kaki anda! 0

  1. Elakkan dari memakai kasut yang bertumit yang terlalu tinggi kerana ia akan menegangkan urat kaki anda
  2. Belai kaki yang keletihan dengan menyapukan gel lidah buaya atau gel yang khusus untuk kaki yang mengandungi peppermint.
  3. Rendam kaki anda dalam air suam yang telah dicampurkan dengan pine oil dan minyak teh hijau supaya bau yang kurang enak dapat dihilangkan.
  4. Kunjunglah spa untuk membuat rawatan kaki sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya kaki anda menjadi sihat dan cantik.
LAGI PETUA - Tips sayangi kaki anda!

Thursday, June 23, 2011

Petua menghaluskan kulit muka 0

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi dan kacau sehinggalah menjadi larutan yang pekat. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan dan biarkan ia sampai kering dan selepas itu bilas dengan menggunakan air bersih.
LAGI PETUA - Petua menghaluskan kulit muka

Friday, June 17, 2011

Petua mata cantik dan sihat (3) 0

Untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata disebabkan terlalu penat atau kurang tidur, letakkan uncang teh di mata dengan keadaan mata tertutup atau anda boleh gunakan 'concealer' sebelum memakai 'foundation' dan setelah memakai pelembap.
LAGI PETUA - Petua mata cantik dan sihat (3)

Thursday, June 9, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (3) 0

  1. Pemerah pipi (Blusher) - Jangka hayat: Pemerah pipi (2 tahun); Krim pemerah pipi (12-18 bulan). Selepas 2 tahun pemerah pipi mungkin akan menjadi lebih kering dan seakan-akan licin kerana campuran minyak daripada kulit. Warnanya juga akan berubah menjadikannya ia tidak sesuai digunakan. Manakala krim pemerah pipi mempunyai jangka hayat yang lebih pendek kerana ia mengandungi emulsi yang tidak stabil.
  2. Pengaris mata  dan pengaris bibir (Eyeliner dan Lip Liner) - Jangka hayat: 2 tahun. Pengaris mata dan bibir lebih tahan lama kerana ia kerap ditajamkan dan ini bermakna pertumbuhan bakteria adalah terhad.
  3. Pembayang mata (Eye Shadow) - Jangka hayat: Pembayang mata (2 tahun); Krim pembayang mata (12-18 bulan) Pembayang mata boleh tahan lama kerana ia adalah dari jenis berpigmen dan bagi krim pipi pembayang mata ia mempunyai emulsi yang tidak stabil.
  4. Pengilat bibir (Lip gloss) - Jangka hayat: 18 bulan-2 tahun. Pengilat bibir tidak tahan lama seperti gincu bibir kerana formula pembuatannya yang berbeza dan ia juga terdedah kepada pencemaran bakteria kerana mempunyai kelembapan yang tinggi.
LAGI PETUA - Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (3)

Monday, June 6, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (2) 0

  1. Bedak asas (Base powder) - Jangka hayat: Bedak asas tanpa minyak (12 bulan); Pelembap, krim atau bedak asas padat/kompak (18 bulan). Bedak asas juga perlu digunakan sebaiknya. Bedak asas tanpa minyak mempunyai jangka hayat yang sangat pendek kerana ia lebih cepat kering berbanding bedak asas yang lain. Bedak kompak pulak mungkin akan kering lebih awal kerana bercampur dengan minyak kulit semulajadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.
  2. Penutup cela (Concealer) - Jangka hayat: 12-18 bulan. Penutup cela jenis batang adalah jenis penutup cela yang tahan paling lama. Anda boleh mengetahui keadaan tamat jangka hayatnya apabila ia menjadi kering dan tidak lembut seperti mula-mula ia digunakan dahulu. Penutup cela jenis pula akan mula terpisah dan berketul-ketul apabila tamat tarikh luputnya.
  3. Gincu bibir (Lipstick) - Jangka hayat: 2 tahun. Ia tahan lama kerana ia adalah formula campuran pigmen dan lemak. Buih-buih yang mungkin terdapat di atas gincu tidak bermaksud yang gincu anda telah rosak tetapi ia hanya meerupakan titisan kelembapan yang boleh dilap.
LAGI PETUA - Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (2)

Friday, June 3, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? 0

Berikut merupakan senarai barangan kosmetik dan jangka hayatnya (ini adalah mengikut anggapan yang ia digunakan dan disimpan mengikut kaedah yang disyorkan)
  1. Pelembap kulit (Moisturizer) - Jangka hayat: 3-12 bulan. Pelembap kulit perlu digunakan mengikut jangka masa yang dicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini adalah kerana bahan organik seperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secara beransur-ansur.
  2. Pelentik mata (Mascara) - Jangka hayat: 3-6 bulan. Pelentik mata harus digunakan 3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini adalah kerana berus pelentik mata yang dicelup berkali-kali ke dalam bekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran dimana ia membenarkan bakteria masuk ke dalam bekas tersebut yang mana keadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhan bakteria.
  3. Bedak (Loose powder) - Jangka hayat: 2 tahun. Kebanyakan bedak boleh disimpan sehingga 3 tahun dari tahun pembuatannya. Namun bedak mungkin kering selepas 2 tahun menggunakannya dan tidak selembut dahulu.
LAGI PETUA - Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...