Friday, June 3, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda?

Berikut merupakan senarai barangan kosmetik dan jangka hayatnya (ini adalah mengikut anggapan yang ia digunakan dan disimpan mengikut kaedah yang disyorkan)
  1. Pelembap kulit (Moisturizer) - Jangka hayat: 3-12 bulan. Pelembap kulit perlu digunakan mengikut jangka masa yang dicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini adalah kerana bahan organik seperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secara beransur-ansur.
  2. Pelentik mata (Mascara) - Jangka hayat: 3-6 bulan. Pelentik mata harus digunakan 3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini adalah kerana berus pelentik mata yang dicelup berkali-kali ke dalam bekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran dimana ia membenarkan bakteria masuk ke dalam bekas tersebut yang mana keadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhan bakteria.
  3. Bedak (Loose powder) - Jangka hayat: 2 tahun. Kebanyakan bedak boleh disimpan sehingga 3 tahun dari tahun pembuatannya. Namun bedak mungkin kering selepas 2 tahun menggunakannya dan tidak selembut dahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...