Friday, November 25, 2011

Kopi dan kecantikan 2

Bagi yang suka minum kopi, tahukah anda yang kopi bukan sahaja dapat mengaktifkan hari anda malah dapat memberi anda pelbagai manfaat kecantikan, antaranya ialah:
  • kopi dapat menghilangkan selulit
  • kopi dapat melambatkan proses penuaan
  • kopi dapat menegangkan kulit
  • kopi dapat mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata
  • kopi dapat mencegah kulit dari terbakar
  • kopi dapat menjadi scrub pengelupas kulit
  • kopi dapat mencerahkan dan melembutkan kulit
LAGI PETUA - Kopi dan kecantikan

Thursday, November 3, 2011

Rawatan untuk kulit muka yang berkedut 0

Bahan-bahannya:
  1. Sebatang lobak merah
  2. Sesudu tepung jagung 
  3. Sebiji kuning telur
Bersihkan lobak merah tersebut dan parut. Kemudian ambil sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur dan campurkan bersama lobak merah yang telah diparutkan tadi. Kacau campuran ini sehingga sebati dan selepas itu sapukan ke muka. Amalkan sekali sehari sehingga berkesan.
LAGI PETUA - Rawatan untuk kulit muka yang berkedut

Friday, July 8, 2011

Tahukah anda? 0

Sekiranya anda memiliki rambut berminyak, set alat pengering rambut anda dengan hembusan angin yang berhawa sejuk. Kadar udara atau angin yang panas boleh menyebabkan kulit kepala anda berpeluh dan situasi ini akan menghasilkan lebih banyak minyak pada kulit kepala anda.
LAGI PETUA - Tahukah anda?

Saturday, July 2, 2011

Tips miliki rambut menawan 0

Untuk miliki rambut menawan, berikut adalah perkara yang patut anda lakukan:
  1. Amalkan pemakanan yang sihat.
  2. Amalkan guna syampu yang berbuih lembut supaya boleh menghilangkan kotoran dan minyak pada rambut.
  3. Amalkan memakai perapi setiap kali selesai bersyampu.
  4. Gunakan sarung bantal dari bahan lembut seperti sutera untuk mengurangkan geseran pada rambut ketika tidur.
Ini pula perkara yang tidak patut anda buat:
  1. Gunting rambut dengan menggunakan gunting rambut yang tumpul
  2. Sikat rambut secara terbalik (dari bawah ke atas). Ia boleh menyebabkan rambut di lapisan luar rosak.
  3. Gosok rambut secara kasar selepas mandi dengan tujuan untuk mengeringkan rambut.
LAGI PETUA - Tips miliki rambut menawan

Saturday, June 25, 2011

Tips sayangi kaki anda! 0

  1. Elakkan dari memakai kasut yang bertumit yang terlalu tinggi kerana ia akan menegangkan urat kaki anda
  2. Belai kaki yang keletihan dengan menyapukan gel lidah buaya atau gel yang khusus untuk kaki yang mengandungi peppermint.
  3. Rendam kaki anda dalam air suam yang telah dicampurkan dengan pine oil dan minyak teh hijau supaya bau yang kurang enak dapat dihilangkan.
  4. Kunjunglah spa untuk membuat rawatan kaki sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya kaki anda menjadi sihat dan cantik.
LAGI PETUA - Tips sayangi kaki anda!

Thursday, June 23, 2011

Petua menghaluskan kulit muka 0

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi dan kacau sehinggalah menjadi larutan yang pekat. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan dan biarkan ia sampai kering dan selepas itu bilas dengan menggunakan air bersih.
LAGI PETUA - Petua menghaluskan kulit muka

Friday, June 17, 2011

Petua mata cantik dan sihat (3) 0

Untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata disebabkan terlalu penat atau kurang tidur, letakkan uncang teh di mata dengan keadaan mata tertutup atau anda boleh gunakan 'concealer' sebelum memakai 'foundation' dan setelah memakai pelembap.
LAGI PETUA - Petua mata cantik dan sihat (3)

Thursday, June 9, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (3) 0

  1. Pemerah pipi (Blusher) - Jangka hayat: Pemerah pipi (2 tahun); Krim pemerah pipi (12-18 bulan). Selepas 2 tahun pemerah pipi mungkin akan menjadi lebih kering dan seakan-akan licin kerana campuran minyak daripada kulit. Warnanya juga akan berubah menjadikannya ia tidak sesuai digunakan. Manakala krim pemerah pipi mempunyai jangka hayat yang lebih pendek kerana ia mengandungi emulsi yang tidak stabil.
  2. Pengaris mata  dan pengaris bibir (Eyeliner dan Lip Liner) - Jangka hayat: 2 tahun. Pengaris mata dan bibir lebih tahan lama kerana ia kerap ditajamkan dan ini bermakna pertumbuhan bakteria adalah terhad.
  3. Pembayang mata (Eye Shadow) - Jangka hayat: Pembayang mata (2 tahun); Krim pembayang mata (12-18 bulan) Pembayang mata boleh tahan lama kerana ia adalah dari jenis berpigmen dan bagi krim pipi pembayang mata ia mempunyai emulsi yang tidak stabil.
  4. Pengilat bibir (Lip gloss) - Jangka hayat: 18 bulan-2 tahun. Pengilat bibir tidak tahan lama seperti gincu bibir kerana formula pembuatannya yang berbeza dan ia juga terdedah kepada pencemaran bakteria kerana mempunyai kelembapan yang tinggi.
LAGI PETUA - Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (3)

Monday, June 6, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (2) 0

  1. Bedak asas (Base powder) - Jangka hayat: Bedak asas tanpa minyak (12 bulan); Pelembap, krim atau bedak asas padat/kompak (18 bulan). Bedak asas juga perlu digunakan sebaiknya. Bedak asas tanpa minyak mempunyai jangka hayat yang sangat pendek kerana ia lebih cepat kering berbanding bedak asas yang lain. Bedak kompak pulak mungkin akan kering lebih awal kerana bercampur dengan minyak kulit semulajadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.
  2. Penutup cela (Concealer) - Jangka hayat: 12-18 bulan. Penutup cela jenis batang adalah jenis penutup cela yang tahan paling lama. Anda boleh mengetahui keadaan tamat jangka hayatnya apabila ia menjadi kering dan tidak lembut seperti mula-mula ia digunakan dahulu. Penutup cela jenis pula akan mula terpisah dan berketul-ketul apabila tamat tarikh luputnya.
  3. Gincu bibir (Lipstick) - Jangka hayat: 2 tahun. Ia tahan lama kerana ia adalah formula campuran pigmen dan lemak. Buih-buih yang mungkin terdapat di atas gincu tidak bermaksud yang gincu anda telah rosak tetapi ia hanya meerupakan titisan kelembapan yang boleh dilap.
LAGI PETUA - Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? (2)

Friday, June 3, 2011

Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda? 0

Berikut merupakan senarai barangan kosmetik dan jangka hayatnya (ini adalah mengikut anggapan yang ia digunakan dan disimpan mengikut kaedah yang disyorkan)
  1. Pelembap kulit (Moisturizer) - Jangka hayat: 3-12 bulan. Pelembap kulit perlu digunakan mengikut jangka masa yang dicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini adalah kerana bahan organik seperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secara beransur-ansur.
  2. Pelentik mata (Mascara) - Jangka hayat: 3-6 bulan. Pelentik mata harus digunakan 3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini adalah kerana berus pelentik mata yang dicelup berkali-kali ke dalam bekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran dimana ia membenarkan bakteria masuk ke dalam bekas tersebut yang mana keadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhan bakteria.
  3. Bedak (Loose powder) - Jangka hayat: 2 tahun. Kebanyakan bedak boleh disimpan sehingga 3 tahun dari tahun pembuatannya. Namun bedak mungkin kering selepas 2 tahun menggunakannya dan tidak selembut dahulu.
LAGI PETUA - Tahukah anda jangka hayat barangan kosmetik anda?

Saturday, May 21, 2011

Pasir pantai untuk rawatan kaki 0

Scrub pasir.
Bahan-bahannya:
  1. 1 genggam pasir pantai
  2. 1 sudu makan minyak sayur
  3. Beberapa titis minyak essential peppermint atau rosemary 
Langkah-langkah membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan diatas agar sebati.
  2. Sapukan scrub ini pada kaki dan urut secara perlahan
  3. Sesudah itu bilas kaki dengan air yang bersih dan keringkan kaki anda.
LAGI PETUA - Pasir pantai untuk rawatan kaki

Thursday, May 19, 2011

Petua mata cantik dan sihat (2) 0

Untuk mata sembap mungkin sebab baru bangun tidur, tekapkan mata dengan hirisan timun atau ais atau sapukan 'eye gel' dengan menekapkannya disekitar mata. Nak lagi segar, timun yang nak diletakkan di mata tu masukkan dalam peti ais dahulu sebelum dihiris-hiris.
LAGI PETUA - Petua mata cantik dan sihat (2)

Tuesday, May 17, 2011

Petua mata cantik dan sihat 0

Untuk mata yang penat mungkin disebabkan terlalu khusyuk menghadap komputer atau membaca buku, buat sedikit senaman mata.
  1. Buka mata dan arahkan bola mata ke atas
  2. Perlahan-lahan arahkan bola mata ke kanan
  3. Lihat ke bawah
  4. Arahkan bola mata ke kiri
  5. Pandang ke hadapan
LAGI PETUA - Petua mata cantik dan sihat

Saturday, May 14, 2011

Melebatkan kening dan bulu mata 0

Daun lidah buaya sememangnya banyak khasiat, ia juga boleh melebatkan kening dan bulu mata. Caranya adalah dengan menyapu lendir daun lidah buaya pada bulu mata dan kening dan lihatlah hasilnya. Lakukan selalu untuk hasil yang terbaik.
LAGI PETUA - Melebatkan kening dan bulu mata

Monday, May 9, 2011

Petua hilangkan parut (2) 0

Sediakan kayu manis dan tumbuk sampai lumat. Dah sudah campurkan kayu manis yang dah lumat tu dengan sedikit air dan bancuh bersama dengan bedak sejuk. Bila dah sebati sapukan di bahagian yang berparut tu. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selain daripada menghilangkan parut, petua ini juga sesuai untuk menghilangkan jerawat dan bintik-bintik hitam di muka.
LAGI PETUA - Petua hilangkan parut (2)

Wednesday, May 4, 2011

Mengatasi masalah tumit pecah 0

Cari belimbing buluh dan gosokkannya pada tumit kaki kemudian berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Amalkan selalu sebelum mandi.
LAGI PETUA - Mengatasi masalah tumit pecah

Monday, May 2, 2011

Petua hilangkan tahi lalat 0

Kisar nenas dan limau purut kemudian sapu di tempat yang tahi lalat tu tumbuh. Lakukan 2 ke 3 kali sehari insyallah tahi lalat tu akan jatuh sendiri.
LAGI PETUA - Petua hilangkan tahi lalat

Friday, April 29, 2011

Petua untuk merahkan bibir 0

Untuk merahkan bibir ambil 3 helai daun sirih, perah airnya dan sapu pada bibir di waktu malam. Amalkan selalu insyallah bibir akan merah tanpa perlu memakai gincu..
LAGI PETUA - Petua untuk merahkan bibir

Tuesday, April 26, 2011

Spa kaki dengan gula@kopi 0

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. 5 sudu makan losyen yang telah disejukkan di dalam peti sejuk.
  2. 3 sudu makan minyak zaitun.
  3. 1 sudu makan gula pasir@kopi.
  4. 500 ml susu cair/serbuk susu mandian (boleh didapati di butik-butik kecantikan)\
  5. Air suam.
Cara membuatnya:
  1. Campurkan gula pasir@kopi, losyen dan minyak zaitun untuk dibuat scrub.
  2. Tuang air suam tadi di dalam bekas dan tambah ia dengan susu.
  3. Dah sudah rendam kaki dalam air suam selama 5 minit kemudian sapu scrub pada bahagian celah jari, tumit, tapak kaki dan bahagian kaki yang terasa kasar. Urut dengan perlahan.
  4. Selepas itu rendam balik kaki dalam air suam itu biar kulit kering dan sel kulit mati larut dalam air tersebut.
  5. Akhir sekali bilas kaki dengan air bersih dan keringkan dengan menggunakan tuala.
LAGI PETUA - Spa kaki dengan gula@kopi

Sunday, April 24, 2011

Cantikkan diri cara Islam 1

Nak jadi cantik bukan susah, yang penting ada usaha. Insyaallah ada usaha semua boleh menjadi. Disini ingin saya kongsikan sedikit tips untuk menjadi cantik cara Islam. Nescaya bukan sahaja cantik pada pandangan Allah malah cantik dari pandangan kita sesama manusia.
  1. Hiasilah muka dengan air sembahyang nescaya wajah akan sentiasa berseri-seri dan tampak bercahaya.
  2. Berkatalah hanya perkataan yang baik-baik agar kita terhindar dari keji dan umpatan orang.
  3. Bercakaplah hanya perkara yang benar agar kita tidak di salah sangka kelak.
  4. Beristigarlah apabila kita sedang marah nescaya kemarahan itu akan kurang dan hilang.
  5. Tutupilah rambutmu agar terhindar dari pandangan lelaki-lelaki yang merbahayakan.
  6. Salutilah tubuhmu dengan seeloknya sesungguhnya menutup aurat tu dapat menjauhkan diri dari fitnah.
  7. Peliharalah matamu dari memandang perkara maksiat sesungguhnya mata itu permulaan segala perkara.
  8. Terangilah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran nescaya akan hilang segala bintik-bintik hitam di dalam hati kita.
LAGI PETUA - Cantikkan diri cara Islam

Tuesday, April 19, 2011

Petua untuk rambut sihat bersinar (2) 0

Ini satu lagi petua yang ingin saya kongsikan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Petua ini saya dapat ketika menonton rancangan di TV. Caranya adalah dengan menggunakan daun bunga raya. Ambil beberapa helai daun bunga raya, kemudian rendamkan di dalam air selama 30 minit atau sehingga keluar lendir dari daun bunga raya. Lendir dari daun bunga raya ini kemudiannya di ambil dan disapukan ke kulit kepala, bukan ramas ke kepala tetapi disapu ke kulit kepala. Biarkan dalam 1 jam kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu insyaallah rambut akan sihat bersinar.
LAGI PETUA - Petua untuk rambut sihat bersinar (2)

Wednesday, April 13, 2011

Petua untuk rambut sihat bersinar 0

Rambut yang sihat bersinar sememangnya menjadi impian setiap orang. Untuk dapatkan rambut yang sihat bersinar cuba petua ini. Ambil buah avocado (sebiji untuk rambut yang pendek dan gunakan dua biji avocado untuk rambut yang panjang) kemudian tumbuk sampai lumat. Dah sudah tu lumurkan pada rambut dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bolehlah basuh dan bilas rambut. Amalkan selalu insyaallah rambut akan sentiasa bersinar.
LAGI PETUA - Petua untuk rambut sihat bersinar

Monday, April 11, 2011

Cara menghilangkan kedutan (2) 0

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kedutan. Antaranya faktor umur yang semakin meningkat, pendedahan terhadap cahaya matahari yang agak lama, tidak memakai perlindungan matahari apabila keluar rumah, mudah marah dan berbagai lagi faktor yang menyumbang ke arah berlakunya kedutan terutamanya di muka. Untuk mereka yang tiada masa untuk ke spa atau untuk mendapatkan rawatan kecantikan, anda bolehlah menggunakan tips-tips ini.
  1. Pakai perlindungan cahaya matahari apabila keluar rumah agar kulit dapat dilindungi dari sinar UV yang melampau. Kalau boleh cari yang mempunyai SPF yang tinggi.
  2. Amalkan memakan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yang kaya dengan vitamin.
  3. Amalkan minum air selalu kalau boleh lebih dari 8 gelas sehari agar anda boleh sentiasa memastikan tubuh badan sentiasa mendapat air yang secukupnya.
  4. Kurangkan minum terlalu banyak kopi dan teh.
  5. Dapatkan tidur yang cukup agar tubuh mendapat rehat yang sepatutnya.
  6. Berhenti merokok. Merokok tidak elok untuk kesihatan.
LAGI PETUA - Cara menghilangkan kedutan (2)

Wednesday, April 6, 2011

Tips untuk kempiskan perut 0

Cuba amalkan minum teh tanpa gula yang dicampur dengan perahan limau nipis setiap hari. Teh tu kalau boleh yang panas suam agar kesannya lebih cepat dinampak. Amalkan selalu dan insyaallah perut anda akan kempis.
LAGI PETUA - Tips untuk kempiskan perut

Sunday, April 3, 2011

Cara menghilangkan jerawat 0

Jerawat sentiasa menjadi masalah terutama kepada para remaja yang sedang meningkat dewasa. Bila jerawat timbul, masing-masing mulalah mengelabah mencari jalan macam mana nak hilangkannya. Disini saya nak kongsikan sedikit petua untuk hilangkan jerawat yang saya sendiri amalkan untuk hilangkan jerawat. Antaranya ialah:
  1. Amalkan basuh muka selalu, kalau boleh 3 kali sehari atau mengikut kesesuaian anda.
  2. Jaga pemakanan. Cara pemakanan mungkin turut menyumbang kepada timbulnya jerawat, jadi perhatikan apa yang anda makan dan kawal cara pemakanan.
  3. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup kerana antara faktor timbulnya jerawat adalah disebabkan tension dan tidak mendapat rehat yang cukup.
  4. Bila nak tidur, amalkan membasuh muka.
  5. Bila muka timbul jerawat, jangan dipicit. Memicit jerawat akan menyebabkan muka anda berparut dan lebih teruk lagi muka anda akan berlubang dan dipenuhi dengan bekas jerawat.
LAGI PETUA - Cara menghilangkan jerawat

Wednesday, March 30, 2011

Saat ini baru ku tahu rupa-rupanya... 0

  1. Memakai pakaian yang ketat akan menampakkan anda lebih gemuk. 
  2. Marah akan menyebabkan anda nampak lebih tua.
  3. Mengurangkan pemakaian make-up boleh membuatkan anda nampak lebih muda.
  4. Menurut kajian, dengan tidur lebih dari 2 biji bantal akan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.
  5. Memakai kasut yang bertumit (bukan yang terlalu tinggi) akan memberikan anda postur badan yang lebih baik berbanding kasut bertapak rata.
  6. Posisi badan yang baik akan menampakkan anda lebih kurus.
LAGI PETUA - Saat ini baru ku tahu rupa-rupanya...

Friday, March 25, 2011

Putihkan kulit guna beras 0

Banyak cara untuk kita putihkan kulit, kepada sesiapa yang dah banyak cuba petua tapi masih tak berhasil, cuba petua ni pula. Ambil beras kemudian goreng pastikan goreng beras tu tanpa minyak kemudian goreng sampai dia dah agak keperang-perangan. Lepas tu, kisar beras yang dah digoreng ni sampai betul-betul halus, kisar dengan menambah sedikit air. Dah sudah, bolehlah lumurkan ke badan, ala-ala macam scrub gitu. Cuba amalkan selalu insyaallah kulit akan cerah, halus dan lembut.
LAGI PETUA - Putihkan kulit guna beras

Saturday, March 19, 2011

Daun teh boleh hilangkan jeragat 0

Ini satu lagi petua yang saya ingin kongsikan bersama, iaitu bagaimana caranya untuk menghilangkan jeragat. Jeragat ni selalunya muncul bila umur dah meningkat. Bila dah muncul jeragat tu, bermacam-macam cara nak dicuba untuk menghilangkannya. Cuba amalkan cara ini, ambil beberapa helai daun teh, bersihkan daun teh tu, dah sudah gosokkkan daun teh tu pada tempat yang berjeragat. Amalkan selalu, insyaallah jeragat tu akan hilang. Yang penting rajin amalkan.
LAGI PETUA - Daun teh boleh hilangkan jeragat

Friday, March 18, 2011

Mendapatkan tangan dan kuku yang cantik 0

Tangan yang cantik merupakan idaman setiap orang. Apatah lagi apabila kita bersalaman dengan orang, sudahlah tangannya lembut, putih dan cantik pula tu. Jadi, macam mana nak dapatkan tangan yang cantik ni? Antara tips-tips yang boleh saya kongsikan untuk mendapatkan tangan dan kuku yang cantik ini ialah:
  1. Kerapkan membasuh tangan agar tangan sentiasa bersih.
  2. Hentikan tabiat mengigit hujung kuku. Tabiat ini hanya akan merosakkan kuku dan menyebabkan kuku nampak tidak cantik.
  3. Amalkan pemakaian losyen agar kulit tangan anda sentiasa lembut dan terasa lembap.
  4. Rajin-rajin membuat rawatan kuku. Ini adalah kepada sesiapa yang rajin membuat lawatan ke spa, sambil membuat rawatan penjagaan badan, buatlah rawatan kuku sekali agar bukan sahaja badan, malah kuku anda turut kelihatan cantik.
  5. Dapatkan nasihat daripada pakar. Kepada sesiapa yang sudah mencuba berbagai cara tapi hasilnya masih mendukacitakan, cubalah dapatkan rawatan dari pakar.
LAGI PETUA - Mendapatkan tangan dan kuku yang cantik

Tuesday, March 15, 2011

Petua untuk menghilangkan parut 1

Parut sering menjadi halangan pada sesetengah orang untuk berfesyen. Jadi cuba amalkan petua ini. Ambil daun lidah buaya, potong sedikit daun tu untuk dapatkan lendirnya, kemudian sapukan lendir daun lidah buaya tu kat parut. Amalkan sapunya selalu di tempat yang berparut insyaallah parut tu akan hilang.
LAGI PETUA - Petua untuk menghilangkan parut

Saturday, March 12, 2011

Kembalikan seri muka selepas bersalin 0

Untuk kembalikan seri muka selepas bersalin, cuba petua ini. Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya. Buat 3 kali seminggu dan amalkan pada waktu pagi dan malam.


LAGI PETUA - Kembalikan seri muka selepas bersalin

Thursday, March 10, 2011

Saat ini baru ku tahu rupa-rupanya.... 0


  • Memakai aksesori di pergelangan tangan mampu menyerlahkan penampilan baik ke pejabat, majlis-majlis istimewa ataupun keluar ber'dating' dengan si dia.
  • Naluri seorang wanita yang suka mengambil berat tentang semua perkara di sekelilingnya sering di salah tafsirkan sebagai suka jaga tepi kain orang. Tetapi sebenarnya ambil tahu tu maknanya ambil berat. Jadi jangan salah tafsir.
  • Kita akan teransang untuk makan lebih banyak apabila kita tidak cukup tidur terutamanya makanan yang berkalori tinggi. 
  • Memandang bentuk badan yang diidamkan mampu meransang kita untuk jadi lebih kurus. Jadikan amalan untuk menampal gambar bentuk badan idaman di mana-mana tempat yang mudah dilihat dan lihatlah ia selalu.
LAGI PETUA - Saat ini baru ku tahu rupa-rupanya....

Tuesday, March 8, 2011

Tips untuk kurus umpama model (2) 0

Lagi tips yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan yang ingin kurus umpama model:
  1. Banyakkan minum air suam. Badan anda amat memerlukan air yang banyak untuk memastikan fungsi metabolisme badan sentiasa berfungsi seperti biasa.
  2. Amalkan meminum air teh hijau di antara waktu makan kerana teh hijau dapat membantu dalam mengawal selera makan anda.
  3. Jangan gunakan mayonis yang mengandungi kurang nutrisi dan tinggi kandungan lemak.
  4. Tuliskan 'Saya ingin kurus' dan letakkan di tempat-tempat yang anda mudah nampak agar ia dapat mengingatkan anda tentang cita-cita anda itu dan seterusnya membantu dalam mengawal pemakanan anda.
  5. Guntingkan gambar badan idaman anda atau jika anda sebelum ini pernah kurus dan anda ingin kembali kepada keadaan tersebut, ambil gambar anda ketika kurus itu dan seterusnya gantung atau lekatkan di tempat-tempat yang anda mudah nampak.
Selamat mencuba!
LAGI PETUA - Tips untuk kurus umpama model (2)

Sunday, March 6, 2011

Tips untuk kurus umpama model 0

  1. Masukkan buah-buahan ke dalam peti sejuk sebelum anda tidur. Keesokkan harinya anda boleh jadikan buah-buahan itu satu snek yang berkhasiat untuk anda. Suhu yang rendah juga membuatkan tubuh anda bekerja lebih kuat dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme serta membantu pembakaran lebih banyak lemak.
  2. Katakan TIDAK pada SOS terutamanya yang menggunakan krim dan mayonaise. Cuba untuk makan makanan anda tanpa SOS.
  3. Apabila anda menghadapi tekanan, hilangkan tekanan itu dengan senaman dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan bukan dengan makanan manis atau junk fund(makanan ringan).
  4. Sediakan diari pengambilan makanan dengan mencatatkan setiap makanan yang anda makan untuk memudahkan anda mengawal pemakanan anda.
  5. Satu kajian mendapati gambaran makanan yang dilihat di dalam TV akan menyebabkan otak menghantar isyarat lapar ke perut anda. Oleh itu kawal diri anda apabila melihat makanan baik di dalam TV ataupun di rumah.
LAGI PETUA - Tips untuk kurus umpama model

Saturday, March 5, 2011

Hilangkan bau mulut 0

Untuk hilangkan bau mulut, cuba cara ini. Sediakan sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Kemudian tumbuk sampai lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih ini. Dah sudah tu, gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hari sekali.



LAGI PETUA - Hilangkan bau mulut

Thursday, March 3, 2011

Limau nipis boleh kurangkan rambut gugur 0

Biasakah anda mengalami keadaan ini? Selepas anda mandi, anda akan nampak banyak helaian rambut di dalam bilik air dan anda sedar kesemua helaian rambut tu ialah millik anda. Nak buat macam mana ye? Saya pernah mengalami keadaan ini dan apa yang saya buat ialah saya amalkan setiap kali saya membasuh rambut, melumur rambut saya dengan beberapa biji limau nipis. Potong limau nipis tu kepada 2 kemudian lumur ke rambut, keseluruhan rambut dah sudah tu, bilas dengan air. Cuba amalkan buat 2 kali seminggu, insyaallah rambut gugur tu akan berkurangan.
LAGI PETUA - Limau nipis boleh kurangkan rambut gugur

Tuesday, March 1, 2011

Cara untuk menghilangkan bau badan 0

Pernahkah anda mengalami situasi ini? Anda mempunyai seorang rakan yang cukup cantik cukup sifat, semua orang memang ingin mendekatinya, anda juga bangga mempunyai kawan secantiknya. Tetapi sebaik mendekatinya, semua orang akan segera menjauhinya gara-gara bau badannya yang agak kurang menyenangkan. Macam mana ye anda hendak menolong kawan anda ni? Ok, antara cara untuk anda menolong si kawan ini menghilangkan bau badan ialah:

1. Membelikannya perfume (minyak wangi)
- sekiranya hari jadinya semakin menjelang tiba, jadikan sebotol minyak wangi sebagai hadiah hari jadinya atau,
2. Menasihatkan dia dalam pemilihan pakaian
- pastikan yang pakaian yang dipakai tidak ketat dan kalau boleh pakai pakaian yang agak longgar supaya kulitnya boleh bernafas atau,
3. Gunakan deodorant dan antiperspirants
- antiperspirants mengandungi garam aluminium yang dapat mengurangi keringat dengan menutup saluran keringat, manakala deodorant pula mengandungi antiseptik yang boleh melawan bakteria dan seterusnya mengurangkan bau keringat atau,
4. Kerapkan mandi
-merupakan cara yang paling senang, dimana amalkan mandi selalu, kalau sebelum ni cuma 3 kali sehari, cuba jadikan 4 kali sehari atau,
kepada rakan-rakan yang lain yang mempunyai idea yang lebih bernas dalam menghilangkan bau badan, silalah kongsikan bersama di sini.


LAGI PETUA - Cara untuk menghilangkan bau badan

Sunday, February 27, 2011

Tanggapan salah tentang mengewap wajah 0

Ada sesetengah orang yang suka mengewap wajah, kerana pada mereka dengan mengewap wajah, wajah akan lebih cantik, dan berseri. Tetapi tahukah anda tabiat ini sebenarnya boleh merosakkan pembuluh darah anda? Kulit anda akan menjadi kering dan mula menjadi kemerah-merahan, terutamanya pada yang mempunyai kulit yang cerah. Jadi pada sesiapa yang mengamalkan tabiat ini, cubalah untuk menghentikan tabiat ini.
LAGI PETUA - Tanggapan salah tentang mengewap wajah

Friday, February 25, 2011

Banyakkan berjalan kaki untuk lebih langsing 0

Ingin lebih langsing? Banyakkan berjalan kaki. Sebuah penelitian di Amerika Syarikat menunjukkan dari 800 orang yang berjaya menurunkan berat badan dalam 15 kg setahun, seramai 49 ke 50 orang daripadanya berjaya menurunkan berat badan dengan berjalan kaki. Oleh itu, banyakkan berjalan kaki, sekiranya tempat kerja anda berhampiran dengan kediaman anda, cuba amalkan berjalan kaki ke tempat kerja.
LAGI PETUA - Banyakkan berjalan kaki untuk lebih langsing

Wednesday, February 23, 2011

'Peeling' atau 'scrubbing' 0

'Peeling' atau 'scrubbing' memang elok untuk menghilangkan kulit mati atau yang sudah kering. Tetapi, jangan lakukannya secara berlebihan. Ini akan menyebabkan kulit menjadi pedih dan kemerah-merahan jika 'peeling' atau 'scrubbing' dilakukan secara berulang kali.
LAGI PETUA - 'Peeling' atau 'scrubbing'

Tuesday, February 22, 2011

Berhati-hati dengan tanda SPF 0

Salah satu cara untuk kita melindungi kulit kita dari sinaran cahaya matahari adalah dengan perlindungan sinar UV. Makin tinggi perlindungan sinar UV makin baik bermakna makin tinggi perlindungan untuk kulit kita. Tetapi jangan salah anggap. Memakai 2 produk kecantikan yang mempunyai tanda SPF 20 bukan bermakna ia sama dengan anda memakai produk yang mengandungi SPF 40! Sentiasa ingat tentang itu.
LAGI PETUA - Berhati-hati dengan tanda SPF

Monday, February 21, 2011

Susu boleh putihkan kulit 0

Susu banyak kelebihannya, selain sedap diminum, susu juga boleh membuatkan kulit anda nampak putih dan lembut. Caranya adalah dengan menyediakan beberapa mangkuk susu, lepas tu campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Kemudian panaskan selama 5 hingga ke 10 minit dan campur dengan air suam. Dah sudah tu berendamlah selama 25 hingga 30 minit. Untuk hasil yang baik, sambil mandi, picit-picit tubuh badan anda. dan tenangkan fikiran. Lakukanlah selalu di rumah untuk mendapat hasil yang terbaik.
LAGI PETUA - Susu boleh putihkan kulit

Sunday, February 20, 2011

Asam gelugur hilangkan pecah-pecah di tumit 0

Untuk menghilangkan pecah-pecah di tumit kaki, cuba cara ini. Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian masukkan ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Lakukanlah setiap hari sehingga tumit anda sembuh semula.


LAGI PETUA - Asam gelugur hilangkan pecah-pecah di tumit

Saturday, February 19, 2011

Rahsia tubuh segar dan wangi 0

Untuk menjadikan tubuh anda sentiasa segar dan wangi, sentiasa amalkan pemakaian pakaian yang tidak terlalu ketat agar pengaliran udara dapat berjalan dengan baik pada tubuh anda. Jangan kerana anda hendak menunjukkan badan anda yang cantik tu, anda sanggup berpakaian seketat-ketat yang mungkin. Akhirnya anda yang merana, badan berpeluh, anda berbau.
LAGI PETUA - Rahsia tubuh segar dan wangi

Friday, February 18, 2011

Make-up secara sederhana 0

Kepada semua wanita diluar sana yang suka bermake-up, apabila anda keluar rumah sama ada ingin ke pejabat, menghadiri 'function', majlis makan malam, mahupun sekadar keluar membeli-belah, pastikan make-up anda tidak keterlaluan. Apa yang saya maksudkan disini, ialah memakai make-up secara sederhana, jangan kerana nak tutup jerawat yang bertempel kat pipi, anda tenyeh 'blusher' semerah-merahnya. Memangle dapat tutup kecelaan di wajah tu, tapi pada orang yang menengoknya di sekeliling akan rasa 'tak berapa nak suka' melihat wajah anda dek kerana make-up yang tebal tu. Jadi bila bermake-up, pastikan bermake-up biar nampak natural dan sederhana. Sesungguhnya semua orang suka tengok bila seorang wanita itu pandai dalam menjaga penampilan diri terutamanya wajah yang nampak natural walaupun dia sebenarnya bermake-up.
LAGI PETUA - Make-up secara sederhana

Thursday, February 17, 2011

Buah zaitun untuk kecantikan 0

Buah zaitun banyak khasiatnya, ia mengandungi vitamin A, E dan Mineral, dan minyak zaitun digunakan sebagai terapi kecantikan untuk mengurangkan rasa gatal di kepala, menjaga kesihatan rambut dan juga menjadikan kulit lebih kenyal dan cantik. Oleh itu kepada sesiapa yang inginkan rambut sihat bersinar dan cantik gunakanlah minyak zaitun selalu.


LAGI PETUA - Buah zaitun untuk kecantikan

Wednesday, February 16, 2011

Minum air boleh nampak muda 0

Selalukah anda dengar bahawa kita sering dinasihatkan agar meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari? Apakah kesan disebaliknya? Melalui kajian, didapati yang air membantu dalam proses penghadaman badan kita dan juga turut menolong menyingkirkan toksin dalam badan dan jangan tak tau yang air juga mampu melambatkan proses penuaan! Jadi, kepada sesiapa yang ingin sentiasa nampak muda amalkan meminum air selalu, tapi bukannya meminum air bergas! Amalkan meminum air yang dimasak.
LAGI PETUA - Minum air boleh nampak muda

Tuesday, February 15, 2011

Elakkan berjemur terlalu lama 0

Elakkan dari terlalu lama berjemur di bawah cahaya matahari terutama pada yang selalu ada tugasan di luar. Semakin lama anda terdedah di bawah matahari, semakin banyak sinar uv yang akan menembusi kulit anda dan semakin banyak kedutan akan terlihat di muka anda. Bukan itu saja, kulit juga kan bertambah gelap dan  kering akibat terlalu lama terdedah. Semua faktor ini akan mempercepatkan proses penuaan dan seterusnya membuatkan muka anda nampak tidak sesuai dengan usia anda. Oleh itu, kalau boleh cuba elakkan terdedah dari cahaya matahari antara pukul 9 pagi hinggalah 5 petang.
LAGI PETUA - Elakkan berjemur terlalu lama

Monday, February 14, 2011

Hilangkan kedutan di muka 0

Salah satu cara untuk menghilangkan kedutan di muka ialah dengan mengurangkan mengerutkan muka. Mengerutkan muka akan menyebabkan muka anda nampak tidak ceria dan tidak mesra berbanding bila anda senyum. Walaupun anda mengerutkan muka hanya untuk berfikir, tapi semakin anda mengerutkan muka, semakin banyak kedutan akan muncul di dahi anda, bermakna semakin 'tua' anda akan kelihatan.
LAGI PETUA - Hilangkan kedutan di muka

Sunday, February 13, 2011

Cantikkan kuku anda dengan hanya menggunakan bawang putih 0

Inginkan kuku yang cantik berkilat dengan hanya gunakan bawang putih? Mudah sahaja, mula-mula siapkan seulas bawang putih,kemudian kupas kulitnya. Selepas itu, tumbuk dan sapukan bawang putih itu di kuku anda agar kelihatan lebih berkilat. Lakukan selalu agar anda segera mendapatkan hasilnya.
LAGI PETUA - Cantikkan kuku anda dengan hanya menggunakan bawang putih

Kekal segar di pagi hari 0

Untuk kesegaran semulajadi pada waktu pagi, pastikan anda membasuh muka anda sebelum tidur pada waktu malam sebelumnya.
LAGI PETUA - Kekal segar di pagi hari

Saturday, February 12, 2011

Cara untuk menghaluskan kulit muka 0

Untuk menghaluskan kulit muka, didihkan susu segar atau susu tepung dan kemudian campurkan dengan air. Seterusnya biarkan ia sejuk seketika dan bila dah sejuk buat seperti topeng muka (mask) dimana anda sapukannya pada muka dan biarkan ia kering. Sesudah itu, bilas dengan menggunakan air bersih.


LAGI PETUA - Cara untuk menghaluskan kulit muka

Friday, February 11, 2011

Duduk dengan posisi tegak mampu tegangkan perut 0

Salah satu cara untuk tegangkan kulit perut ialah dengan cara duduk dengan tegak terutamanya bila duduk di kerusi dan cuba jangan suka duduk membongkok. Kebanyakkan orang apabila duduk terlalu lama, mereka akan cenderung untuk duduk secara membongkok. Ini mungkin melegakan, tapi tidak untuk masa yang lama. Jadi kepada sesiapa yang malas nak pergi gym atau bersenam, cubalah cara ini, confirm boleh tegang perut punya sebab saya dah buat dan ia berhasil.
LAGI PETUA - Duduk dengan posisi tegak mampu tegangkan perut

Thursday, February 10, 2011

Perlindungan dari cahaya matahari 0

Perlindungan dari sinar UV amat penting dipakai terutamanya apabila keluar rumah. Ini kerana sinar UVA mampu menembus jauh ke dalam kulit dan seterusnya menyumbang kepada proses penuaan dengan lebih cepat, manakala sinar UVB pula akan menggelapkan kulit. Oleh itu pakailah perlindungan sinar UV, dan pilihlah krim perlindungan sinar UV yang tinggi perlindungan SPFnya. Lebih tinggi SPFnya lebih bagus untuk kulit anda.
LAGI PETUA - Perlindungan dari cahaya matahari

Wednesday, February 9, 2011

Petua Badan Menjadi Segar dan Wangi 0

Makanan pedas dan panas boleh meningkatkan penghasilan peluh dan ini akan membuatkan badan berbau. Oleh itu kurangkan memakan makanan pedas dan panas supaya badan sentiasa wangi dan segar.
LAGI PETUA - Petua Badan Menjadi Segar dan Wangi

Tuesday, February 8, 2011

Cara kurangkan rambut gugur 0

Jangan sikat rambut apabila ia basah, keringkan rambut dulu sebelum ia disikat. Ini dapat mengurangkan rambut gugur.Selain itu apabila menyikat rambut, mulakan dari bahagian hujung rambut kemudian barulah sikat dari atas ke bawah. Ini kerana apabila kita menyikat rambut, rambut mudah tersekat terutamanya di bahagian hujung rambut, oleh itu sikat rambut di bahagian hujung kemudian barulah sikat rambut dibahagian atas. Cara ini sememangnya berkesan dalam mengurangkan rambut gugur.
LAGI PETUA - Cara kurangkan rambut gugur

Monday, February 7, 2011

Kepentingan membasuh muka 0

Pastikan anda membasuh muka selalu terutamanya selepas memakai mekap dan terutamanya apabila hendak masuk tidur, supaya tiada lagi sisa kotoran di muka dan agar kullit muka dapat bernafas dengan senang. Muka yang tidak dibasuh akan mudah mendapat kesan contohnya seperti jerawat, parut-parut, dan kulit muka akan jadi berminyak .Oleh itu basuhlah muka selalu agar kulit muka anda sentiasa bersih.
LAGI PETUA - Kepentingan membasuh muka

Sunday, February 6, 2011

Senyum Awet Muda 0

Selalulah senyum kerana ia mampu membuatkan anda nampak awet muda. Senyuman juga mampu mengurangkan stress. Banyak kajian telah membuktikan hal ini. Oleh itu mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.
LAGI PETUA - Senyum Awet Muda

Saturday, February 5, 2011

Kaitan antara Tidur dan Rambut 0

Untuk rambut yang sihat, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Bila anda mendapat tidur yang cukup, rambut akan mendapat nutrisi yang diperlukannya. Sebelum anda tidur, kosongkan fikiran anda dan fikirkan perkara-perkara yang positif sahaja.
LAGI PETUA - Kaitan antara Tidur dan Rambut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...