Sunday, April 24, 2011

Cantikkan diri cara Islam

Nak jadi cantik bukan susah, yang penting ada usaha. Insyaallah ada usaha semua boleh menjadi. Disini ingin saya kongsikan sedikit tips untuk menjadi cantik cara Islam. Nescaya bukan sahaja cantik pada pandangan Allah malah cantik dari pandangan kita sesama manusia.
  1. Hiasilah muka dengan air sembahyang nescaya wajah akan sentiasa berseri-seri dan tampak bercahaya.
  2. Berkatalah hanya perkataan yang baik-baik agar kita terhindar dari keji dan umpatan orang.
  3. Bercakaplah hanya perkara yang benar agar kita tidak di salah sangka kelak.
  4. Beristigarlah apabila kita sedang marah nescaya kemarahan itu akan kurang dan hilang.
  5. Tutupilah rambutmu agar terhindar dari pandangan lelaki-lelaki yang merbahayakan.
  6. Salutilah tubuhmu dengan seeloknya sesungguhnya menutup aurat tu dapat menjauhkan diri dari fitnah.
  7. Peliharalah matamu dari memandang perkara maksiat sesungguhnya mata itu permulaan segala perkara.
  8. Terangilah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran nescaya akan hilang segala bintik-bintik hitam di dalam hati kita.

1 comment:

GIFFARINE (Gift for Life) said...

hye ! jom atasi masalah jeragat,jerawat,tona kulit tak sekata,rambut gugur, tegangkan payudara & kuatkan otot-otot vagina + mencerahkan kulit muka anda dengan produk berkualiti tinggi ini, produk giffarine ! terhangat di pasaran antarabangsa. klik link ini untuk dapatkannya http://www.facebook.com/photo.php?fbid=443749662364651&set=a.433436606729290.99630.432067456866205&type=1&theater

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...