Friday, January 20, 2012

Air Kelapa Pelembap Muka 2

1) Bersihkan muka dengan air suam kemudian keringkan.
2) Cuci muka dengan air kelapa dan biarkannya di muka selama 15-20 minit.
3) Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Amalkannya selalu atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu insyallah muka anda akan kelihatan lembap dan berseri. 
LAGI PETUA - Air Kelapa Pelembap Muka

Wednesday, January 4, 2012

Buah-buahan & Kecantikan 3

Buah-buahan segar bukan sahaja sedap untuk dimakan malah sangat baik untuk kecantikan kulit. Vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan mampu membantu anda menjaga kesihatan dan juga menyerikan wajah anda supaya nampak lebih segar dan bermaya.

Buah Lemon - Mengandungi Vitamin A, C, B1, B2 dan B3 dimana ia mampu mengurangkan lebihan minyak pada kulit. Anda boleh jadikan sebagai masker dan gunakan secara teratur.

Sengkuan - Amat baik untuk wajah yang kusam dan tak bermaya. Masker sengkuang boleh membantu mengembalikan kesegaran di wajah anda.

Lobak Merah - Sesuai dijadikan masker agar wajah nampak lebih awet muda terutama kepada mereka yang mempunyai kulit yang kering.
LAGI PETUA - Buah-buahan & Kecantikan

Friday, November 25, 2011

Kopi dan kecantikan 2

Bagi yang suka minum kopi, tahukah anda yang kopi bukan sahaja dapat mengaktifkan hari anda malah dapat memberi anda pelbagai manfaat kecantikan, antaranya ialah:
  • kopi dapat menghilangkan selulit
  • kopi dapat melambatkan proses penuaan
  • kopi dapat menegangkan kulit
  • kopi dapat mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata
  • kopi dapat mencegah kulit dari terbakar
  • kopi dapat menjadi scrub pengelupas kulit
  • kopi dapat mencerahkan dan melembutkan kulit
LAGI PETUA - Kopi dan kecantikan

Thursday, November 3, 2011

Rawatan untuk kulit muka yang berkedut 0

Bahan-bahannya:
  1. Sebatang lobak merah
  2. Sesudu tepung jagung 
  3. Sebiji kuning telur
Bersihkan lobak merah tersebut dan parut. Kemudian ambil sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur dan campurkan bersama lobak merah yang telah diparutkan tadi. Kacau campuran ini sehingga sebati dan selepas itu sapukan ke muka. Amalkan sekali sehari sehingga berkesan.
LAGI PETUA - Rawatan untuk kulit muka yang berkedut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...