- Masukkan buah-buahan ke dalam peti sejuk sebelum anda tidur. Keesokkan harinya anda boleh jadikan buah-buahan itu satu snek yang berkhasiat untuk anda. Suhu yang rendah juga membuatkan tubuh anda bekerja lebih kuat dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme serta membantu pembakaran lebih banyak lemak.
- Katakan TIDAK pada SOS terutamanya yang menggunakan krim dan mayonaise. Cuba untuk makan makanan anda tanpa SOS.
- Apabila anda menghadapi tekanan, hilangkan tekanan itu dengan senaman dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan bukan dengan makanan manis atau junk fund(makanan ringan).
- Sediakan diari pengambilan makanan dengan mencatatkan setiap makanan yang anda makan untuk memudahkan anda mengawal pemakanan anda.
- Satu kajian mendapati gambaran makanan yang dilihat di dalam TV akan menyebabkan otak menghantar isyarat lapar ke perut anda. Oleh itu kawal diri anda apabila melihat makanan baik di dalam TV ataupun di rumah.
Sunday, March 6, 2011
Tips untuk kurus umpama model
0
Saturday, March 5, 2011
Hilangkan bau mulut
0
Untuk hilangkan bau mulut, cuba cara ini. Sediakan sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Kemudian tumbuk sampai lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih ini. Dah sudah tu, gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
Thursday, March 3, 2011
Limau nipis boleh kurangkan rambut gugur
0
Biasakah anda mengalami keadaan ini? Selepas anda mandi, anda akan nampak banyak helaian rambut di dalam bilik air dan anda sedar kesemua helaian rambut tu ialah millik anda. Nak buat macam mana ye? Saya pernah mengalami keadaan ini dan apa yang saya buat ialah saya amalkan setiap kali saya membasuh rambut, melumur rambut saya dengan beberapa biji limau nipis. Potong limau nipis tu kepada 2 kemudian lumur ke rambut, keseluruhan rambut dah sudah tu, bilas dengan air. Cuba amalkan buat 2 kali seminggu, insyaallah rambut gugur tu akan berkurangan.
Tuesday, March 1, 2011
Cara untuk menghilangkan bau badan
0
Pernahkah anda mengalami situasi ini? Anda mempunyai seorang rakan yang cukup cantik cukup sifat, semua orang memang ingin mendekatinya, anda juga bangga mempunyai kawan secantiknya. Tetapi sebaik mendekatinya, semua orang akan segera menjauhinya gara-gara bau badannya yang agak kurang menyenangkan. Macam mana ye anda hendak menolong kawan anda ni? Ok, antara cara untuk anda menolong si kawan ini menghilangkan bau badan ialah:
1. Membelikannya perfume (minyak wangi)
- sekiranya hari jadinya semakin menjelang tiba, jadikan sebotol minyak wangi sebagai hadiah hari jadinya atau,
2. Menasihatkan dia dalam pemilihan pakaian
- pastikan yang pakaian yang dipakai tidak ketat dan kalau boleh pakai pakaian yang agak longgar supaya kulitnya boleh bernafas atau,
3. Gunakan deodorant dan antiperspirants- antiperspirants mengandungi garam aluminium yang dapat mengurangi keringat dengan menutup saluran keringat, manakala deodorant pula mengandungi antiseptik yang boleh melawan bakteria dan seterusnya mengurangkan bau keringat atau,
4. Kerapkan mandi
-merupakan cara yang paling senang, dimana amalkan mandi selalu, kalau sebelum ni cuma 3 kali sehari, cuba jadikan 4 kali sehari atau,
kepada rakan-rakan yang lain yang mempunyai idea yang lebih bernas dalam menghilangkan bau badan, silalah kongsikan bersama di sini.


