Rambut yang sihat bersinar sememangnya menjadi impian setiap orang. Untuk dapatkan rambut yang sihat bersinar cuba petua ini. Ambil buah avocado (sebiji untuk rambut yang pendek dan gunakan dua biji avocado untuk rambut yang panjang) kemudian tumbuk sampai lumat. Dah sudah tu lumurkan pada rambut dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bolehlah basuh dan bilas rambut. Amalkan selalu insyaallah rambut akan sentiasa bersinar.
Wednesday, April 13, 2011
Petua untuk rambut sihat bersinar
0
LAGI PETUA - Petua untuk rambut sihat bersinar
Monday, April 11, 2011
Cara menghilangkan kedutan (2)
0
Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kedutan. Antaranya faktor umur yang semakin meningkat, pendedahan terhadap cahaya matahari yang agak lama, tidak memakai perlindungan matahari apabila keluar rumah, mudah marah dan berbagai lagi faktor yang menyumbang ke arah berlakunya kedutan terutamanya di muka. Untuk mereka yang tiada masa untuk ke spa atau untuk mendapatkan rawatan kecantikan, anda bolehlah menggunakan tips-tips ini.
- Pakai perlindungan cahaya matahari apabila keluar rumah agar kulit dapat dilindungi dari sinar UV yang melampau. Kalau boleh cari yang mempunyai SPF yang tinggi.
- Amalkan memakan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yang kaya dengan vitamin.
- Amalkan minum air selalu kalau boleh lebih dari 8 gelas sehari agar anda boleh sentiasa memastikan tubuh badan sentiasa mendapat air yang secukupnya.
- Kurangkan minum terlalu banyak kopi dan teh.
- Dapatkan tidur yang cukup agar tubuh mendapat rehat yang sepatutnya.
- Berhenti merokok. Merokok tidak elok untuk kesihatan.
Wednesday, April 6, 2011
Tips untuk kempiskan perut
0
Cuba amalkan minum teh tanpa gula yang dicampur dengan perahan limau nipis setiap hari. Teh tu kalau boleh yang panas suam agar kesannya lebih cepat dinampak. Amalkan selalu dan insyaallah perut anda akan kempis.
Sunday, April 3, 2011
Cara menghilangkan jerawat
0
Jerawat sentiasa menjadi masalah terutama kepada para remaja yang sedang meningkat dewasa. Bila jerawat timbul, masing-masing mulalah mengelabah mencari jalan macam mana nak hilangkannya. Disini saya nak kongsikan sedikit petua untuk hilangkan jerawat yang saya sendiri amalkan untuk hilangkan jerawat. Antaranya ialah:
- Amalkan basuh muka selalu, kalau boleh 3 kali sehari atau mengikut kesesuaian anda.
- Jaga pemakanan. Cara pemakanan mungkin turut menyumbang kepada timbulnya jerawat, jadi perhatikan apa yang anda makan dan kawal cara pemakanan.
- Pastikan anda mendapat rehat yang cukup kerana antara faktor timbulnya jerawat adalah disebabkan tension dan tidak mendapat rehat yang cukup.
- Bila nak tidur, amalkan membasuh muka.
- Bila muka timbul jerawat, jangan dipicit. Memicit jerawat akan menyebabkan muka anda berparut dan lebih teruk lagi muka anda akan berlubang dan dipenuhi dengan bekas jerawat.


